Dari Kami Buat Anda Yang Budiman

Posted: 8 Mac 2010 in Pelbagai

Assallamualaikum saudara dan saudari,

Bismillahirohmannirohim,

Dengan izin ALLAH TA’ALLA kami mulakan.

Terlebih dahulu kehadrat ILLAHI dipanjatkan kesyukuran dengan penuh keinsafan .Sujud kepadaNYA memohon kemaafan dan keredaanNYA dari dunia hingga akhirat.

Dengan lafaz “Bismillahirohmannirohim”,kami bukakan ruangan ini “KOLEKSI HIKMAH MANMAT” sebagai PERSEMBAHAN buat halwa mata dan jikalau ada yang berminat memiliki KOLEKSI ini kami tiada keberatan.Seterusnya kami TIDAK PERNAH MEMAKSA sesiapa untuk membelinya / memaharkan.

Apa yang kami PAPARKAN adalah SEBAHAGIAN KOLEKSI HIKMAH kami ,dari ANUGERAH ALLAH TA’ALLA dengan PENGAKUANKU ” ALLAH ITU ESA ,BENAR,MAHA PENCIPTA,DAN TEMPAT DITUJU “.
Jadi darinyalah tempat yang AWAL dan kepadanya tempat yang AKHIR.

Syukur Alhamdulilah .

Saudara-saudari budiman kami memohon – maaf jika ada yang terasa apa yang kami paparkan
ini BERTENTANGAN,TANPA MENYIASAT DAN USUL PERIKSA terlebih dahulu.

Tiada apa yang dapat kami lafazkan melain :
” YA ALLAH KEPADA MU KAMI MEMINTA DAN KEPADAMU TEMPAT DITUJU”.

Dan kami bersaksi :
” TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH ,DAN NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH”

Kami dengan rendah diri mengingatkan sekalian hadirin,
Bahawa ini bukan blog untuk BERBAHAS,HUJAH atau menegakkan benang basah yang belum pasti kebenarannya.

Jika terasa diri arif,bijak pandai,alim-ulama dan tau soal hukum-hakam halal-haram dengan rasa hormat diminta beredarlah dengan sopan.

Dan kami tidak bermaksud untuk bertegang – urat memenang atau menyalahkan sesiapa-pun.

Sebaliknya marilah kita jadi ia ruang sebagai IKTIBAR ,RENUNGAN ,BERTAPA MAHA AGUNG,HEBAT NYA ALLAH MAHA PENCIPTA.
TIADA APA YANG MUSTAHIL MELAINKAN DENGAN KEHENDAK DAN
KEIZINANNYA JUA.

Sebaikkan mari kita renung
SEDALAMDALAMNYA,TENANG dan BERFIKIRAN TERBUKA…kita adalah MAKHLUK (INSAN,MANUSIA) yang MULIA dan SEBAIK-BAIK CIPTAAN NYA .
DI ANUGERAHI AKAL FIKIRAN maka berfikirlah dahulu SEBELUM BERKATA -KATA dan MENYALAHKAN,MENIDAKKAN,MENAFIKAN sesuatu.

“HADAPLAH/PANDANGLAH KEMANA JUA KAU MELIHAT DISITULAH ADA AKU” itulah TANDA MAHA BESAR dan WUJUDNYA AKU (ALLAH)”

“TIDAK KU JADIKAN JIN ,MANUSIA DAN SEKELIAN MAKLUK SEMATA-MATA UNTUK SUJUD/MENYEMBAHKU”(ALLAH)

“DAN AKULAH YANG LEBIH MENGETAHUI HAL-HAL YANG GHAIB” ADAPUN KEUPAYAAN MAKHLUK AMATLAH SEDIKIT DAN TERBATAS.MELAINKAN DENGAN IZIN,KEHENDAKKU ( ALLAH )
DAN MEREKA YANG MENDAPAT PENTUNJUKKU ( ALLAH ).

“MEREKA YANG MENOLAK,MENIDAKKAN,MENAFIKAN SESUATU HIKMAH , ADALAH SAMA SEPERTI MENOLAK,MENIDAK,MENAFI KEKUASAAN ALLAH DAN SETIAP CIPTAANNYA “.

ayat-ayat diatas jua adalah sebahagian bukti untuknya ALLAH ITU MAHA PENCIPTA dan BERKUASA

“TETAPI YANG MEMPERCAYAI “SESUATU” ITU DAPAT MEMBERI BEKAS,KESAN,KUASA, MAKA IA TELAH BERLAKU
SYIRIK /MENYEKUTUKAN ALLAH.” MAKA ALLAH MEMBERI
SEBESAR-BESAR BALASAN DOSA KEPADANYA.

“SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TIDAK MENJADIKAN SESUATU ITU DENGAN SIA-SIA MELAINKAN ADA HIKMAH,PENAWARNYA” (ADA GUNANYA) ,KEIZINANNYA.(ALLAH)

Setiap hikmah/barangan yang kami paparkan TIDAK BERPUAKA tetapi mengandungi HIKMAH, TIADA KAITAN dengan JIN dan AMALAN SYIRIK,KURAFAT.

PELBAGAI PETUA,KAEDAH DAN RUJUKAN DARI ORANG LAMA DALAM MENGENAL BARANG-BARANG INI
“IBARAT JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM”.

APAPUN PENGGUNAAN HIKMAH INI BUNTAT,TERAS DAN GELIGA INI HANYALAH SEBAHAGIAN JALAN IKHTIAR DAN ASBAB SAHAJA.JANGANLAH KITA MELETAKKAN KEPERCAYAAN PADA KEKUASAAN BARANG INI SEMATA-MATA TANPA MELETAKKAN IKTIKAD DAN TAUHID KITA PADA ALLAH S.W.T

“IBARAT KITA MEMAKAN UBAT,BUKANLAH UBAT YANG MENYEMBUHKAN KITA TAPI ALLAH YANG MENYEMBUHKAN,UBAT HANYALAH SEBAGAI ASBAB SAHAJA.”

NASIHAT KAMI ,
“APA PUN SEGALA PERBUATAN DAN ITIKAD KITA SEBAIKKNYA UNTUK ALLAH SWT JUA,
UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI DOSA SYIRIK DAN UNTUK KEBERKATAN SEELOKNYA KETIKA MEMAKAI CINCIN SAMADA GELIGA,TERAS KAYU,BUNTAT SEELOKNYA BERDOA TERLEBIH DAHULU..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ..
“YA ALLAH YA TUHANKU, JADIKANLAH KHASIAT CINCIN INI HIKMAH@PENAWAR KEATAS KU”

MAKA SELEPAS ITU SEKIRANYA BERLAKU SESUATU YANG PELIK MAKA ITU SEMUA ADALAH ADALAH KUASA ALLAH SWT SEMATA-MATA.

Sesungguh MAHA PENGASIH dan PENYAYANG ALLAH ROBBUL ALAMIN,yang tidak pernah membelakangi/membiarkan hambanya hilang haluan selain dibukakan olehNYA HIJAB , MATA-HATI dan HIDAYAH kepada hamba-hambanya yang BERSABAR dan BERTAKWA sentiasa MENGINGATI AKAN KEBESARAN,KEKUASAAN DAN KEESAANYA (ALLAH) YANG MUTLAK.

sekian terima-kasih,

salam ukwah dari kami,
Che Mat,
Man,
Atok.

Komentar ditutup.